Semak Saman Polis Trafik Secara Online

Saman polis trafik boleh disemak secara online melalui perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan. Anda perlulah membayar saman yang telah diberikan kepada anda pada waktu yang ditetapkan. Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Ada beberapa cara semakan saman boleh dibuat secara online.

Semak Saman Melalui MyEG

1. Masuk ke laman web http://www.myeg.om.my
2. Sebelum menggunakan perkhidmatan ini, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu.
3. Selepas pendaftaran selesai, anda bolehlah login menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
4. Selepas itu pilih semakan saman yang anda ingin lihat.

Semak Saman Melalui Rilek e-services

1. Masuk ke laman web : https://www.rilek.com.my/rilek/users/login
2. Daftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan ini.
3. Selepas daftar barulah anda login menggunakan nama dan kata laluan anda.
4. Semak saman melalui menu yang diberikan.

Semak Saman Polis  Melalui SMS

Selain melalui online, ianya juga boleh disemak melalui sistem pesanan ringkas (SMS).Cara semakan melalui SMS adalah seperti berikut:


  • Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]pada telefon anda dan hantar SMS ke 15888 atau 32728.
  • Contoh POLIS SAMAN 891020103453 atau  POLIS SAMAN JHT4231
semak saman sms
Selamat menyemak saman anda. Semoga anda dapat membayar saman tanpa sebarang masalah.


1 comment... add one now

mrhanafi mrhanafi 31 March, 2016
ada saman memang menakutkan kerana kita bayar duit sebab denda